首頁 > 初中作文 > 初三作文 > gotong-royong 350字作文 ( 手機版 )

gotong-royong_350字

分類:初三作文  字數:350字  編輯:小景

  Gotong-royong bermaksud aktiviti membersihkan sesuatu kawasan secara bersama-sama.Amalan ini telah wujud di masyarakat kita.

  Pada hari Isnin yang lalu, guru besar sekolah saya telah mengumumkan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah.Murid-murid kelas saya telah berbincang tentang pembahagian kerja dan alat-alat yang diperlukan.

  Pada hari gotong-royong,saya pergi ke sekolah dengan awal supaya saya tidak ketinggalan dalam aktiviti yang sangat bermakna ini.Atas arahan ketua kelas,murid-murid kelas saya melakukan kerja yang telah dibahagikan.Kita menyapu lantai,mengelap tingkap,menyusun meja,membuang sampah dan lain-lain lagi.

  Semua murid bertungkus-lumus untuk membersihkan kelas,bak kata pepatah "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing".Atas usaha murid,kelas kita telah menjadi bersih dan indah.Kita berpegang tangan dan melompat-lompat dengan gembira sekali.

  Melalui aktiviti gotong-royong kali ini,saya berasa sesuatu kerja mnjadi mudah dan cepat sekiranya kerja itu dilakukan secara bersama-sama.Selain itu, hubungan antara murid menjadi lebih rapat dan mesra.

您正在瀏覽: gotong-royong350字作文
網友評論
gotong-royong 暫無評論